Kelebihan Menjadi Ahli
Kos Pengkebumian di semua Tanah Perkuburan Daerah Seremban
- Kain Kafan: RM240.00
- Pengunaan Bilik Mandi Jenazah : RM100.00
- Sewa Van Jenazah Dalam Kawasan Kariah# : RM200.00
- Saguhati Imam Sembahyang Jenazah: RM50.00
- Saguhati Imam Pembaca Talkin: RM50.00
- Saguhati Bilal Mandi Jenazah: RM210.00
- Kos Persediaan Tanah Kubur(Termasuk Papan Lahat dan Papan Sendeng) : RM400.00
- Bayaran Pengurusan : RM100.00
# Jika membawa jenazah ke mana-mana destibnasi di luar kariah, bayaran tambahan akan dikenakan berdasarkan kepada jarak perjalanan sebenar.
- Kain Kafan: RM240.00
- Pengunaan Bilik Mandi Jenazah : RM50.00
- Sewa Van Jenazah Dalam Kawasan Kariah# : RM230.00
- Saguhati Imam Sembahyang Jenazah: RM50.00
- Saguhati Imam Pembaca Talkin: RM80.00
- Saguhati Bilal Mandi Jenazah: RM210.00
- Kos Persediaan Tanah Kubur(Termasuk Papan Lahat dan Papan Sendeng) : RM340.00
# Jika membawa jenazah ke mana-mana destibnasi di luar kariah, bayaran tambahan akan dikenakan berdasarkan kepada jarak perjalanan sebenar.
SYARAT MENJADI AHLI
- Terbuka kepada muslimin dan muslimat,
penduduk dan ahli jemaah Masjid Qariah Paroi
Jaya, Seremban yang telah berumur 18 tahun
tetapi tidak lebih daripada 60 tahun. - Permohonan menjadi ahli adalah dengan
menggunakan borang yang boleh didapati dari
Setiausaha dengan sokongan dua ( 2 ) orang
yang telah menjadi ahli Pertubuhan ini.
Permohonan akan ditimbang dan diluluskan
di dalam Mesyuarat Biro Keahlian yang ditubuh
khas bagi tujuan tersebut dan keputusannya
dilapor kepada Mesyuarat Jawatankuasa. - Ahli-ahli yang telah diterima dan disahkan
menjadi ahli akan diberi satu ( 1 ) naskhah
Buku Perlembagaan Pertubuhan.
- Ahli Berpindah : Seseorang ahli yang berpindah
tinggal ke tempat lain tidak boleh terus
menjadi ahli melainkan ahli tersebut mempunyai
keluarga atau harta seperti rumah dalam kariah
asalnya yang tidak memerlukan beliau menukar
alamat. - Ahli Berhenti : Pihak Pertubuhan tidak
melarang sama sekali ahli berhenti dengan syarat
memberitahu Setiausaha dengan cara surat
menyatakan sebab-sebab yang munasabah. - Ahli Ganti : Seseorang ahli yang telah
meninggal dunia boleh digantikan oleh
pasangannya ( isteri atau suami ) secara automatik
dengan mengekalkan nombor keahlian
yang sama berkuatkuasa dari tarikh kematian
pasangannya. Walaubagaimanapun, pasangan
tersebut perlu mengemaskini butiran peribadinya
dengan Pertubuhan.
syarat untuk mendapat bantuan
SYARAT BANTUAN:
- Bantuan Kebajikan boleh dikeluarkan apabila
perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan
yang difikirkan perlu dan munasabah oleh Mesyuarat
Jawatankuasa. - Bagi kes kematian yang melibatkan lebih dari
seorang keluarga ahli pada suatu masa yang sama
atas sebab-sebab yang sama, maka Jawatankuasa
akan menimbang jumlah bantuan yang akan
diberikan. - Bagi kes anak ahli yang keguguran, tidak ada
sebarang bantuan yang akan diberikan.
TAKRIFAN TANGGUNGAN:
- Suami atau isteri-isteri.
- Anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah
termasuk anak angkat yang didaftarkan. - Anak-anak termasuk anak angkat yang berumur
lebih dari 18 tahun tetapi tidak lebih dari 24 tahun jika
sekiranya masih belajar di IPT. - Anak / anak angkat yang didaftarkan
sebagai OKU tanpa sebarang had umur - Ibu dan bapa yang didaftarkan.