Kelebihan Menjadi Ahli

Kos Pengkebumian di semua Tanah Perkuburan Daerah Seremban

  1. Kain Kafan: RM240.00
  2. Pengunaan Bilik Mandi Jenazah : RM100.00
  3. Sewa Van Jenazah Dalam Kawasan Kariah# : RM200.00
  4. Saguhati Imam Sembahyang Jenazah: RM50.00
  5. Saguhati Imam Pembaca Talkin: RM50.00
  6. Saguhati Bilal Mandi Jenazah: RM210.00
  7. Kos Persediaan Tanah Kubur(Termasuk Papan Lahat dan Papan Sendeng) : RM400.00
  8. Bayaran Pengurusan : RM100.00

# Jika membawa jenazah ke mana-mana destibnasi di luar kariah, bayaran tambahan akan dikenakan berdasarkan kepada jarak perjalanan sebenar.

  1. Kain Kafan: RM240.00
  2. Pengunaan Bilik Mandi Jenazah : RM50.00
  3. Sewa Van Jenazah Dalam Kawasan Kariah# : RM230.00
  4. Saguhati Imam Sembahyang Jenazah: RM50.00
  5. Saguhati Imam Pembaca Talkin: RM80.00
  6. Saguhati Bilal Mandi Jenazah: RM210.00
  7. Kos Persediaan Tanah Kubur(Termasuk Papan Lahat dan Papan Sendeng) : RM340.00

# Jika membawa jenazah ke mana-mana destibnasi di luar kariah, bayaran tambahan akan dikenakan berdasarkan kepada jarak perjalanan sebenar.

SYARAT MENJADI AHLI

  • Terbuka kepada muslimin dan muslimat,
    penduduk dan ahli jemaah Masjid Qariah Paroi
    Jaya, Seremban yang telah berumur 18 tahun
    tetapi tidak lebih daripada 60 tahun.
  • Permohonan menjadi ahli adalah dengan
    menggunakan borang yang boleh didapati dari
    Setiausaha dengan sokongan dua ( 2 ) orang
    yang telah menjadi ahli Pertubuhan ini.
    Permohonan akan ditimbang dan diluluskan
    di dalam Mesyuarat Biro Keahlian yang ditubuh
    khas bagi tujuan tersebut dan keputusannya
    dilapor kepada Mesyuarat Jawatankuasa.
  • Ahli-ahli yang telah diterima dan disahkan
    menjadi ahli akan diberi satu ( 1 ) naskhah
    Buku Perlembagaan Pertubuhan.
  • Ahli Berpindah : Seseorang ahli yang berpindah
    tinggal ke tempat lain tidak boleh terus
    menjadi ahli melainkan ahli tersebut mempunyai
    keluarga atau harta seperti rumah dalam kariah
    asalnya yang tidak memerlukan beliau menukar
    alamat.
  • Ahli Berhenti : Pihak Pertubuhan tidak
    melarang sama sekali ahli berhenti dengan syarat
    memberitahu Setiausaha dengan cara surat
    menyatakan sebab-sebab yang munasabah.
  • Ahli Ganti : Seseorang ahli yang telah
    meninggal dunia boleh digantikan oleh
    pasangannya ( isteri atau suami ) secara automatik
    dengan mengekalkan nombor keahlian
    yang sama berkuatkuasa dari tarikh kematian
    pasangannya. Walaubagaimanapun, pasangan
    tersebut perlu mengemaskini butiran peribadinya
    dengan Pertubuhan.

syarat untuk mendapat bantuan

SYARAT BANTUAN:

  1. Bantuan Kebajikan boleh dikeluarkan apabila
    perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan
    yang difikirkan perlu dan munasabah oleh Mesyuarat
    Jawatankuasa.
  2. Bagi kes kematian yang melibatkan lebih dari
    seorang keluarga ahli pada suatu masa yang sama
    atas sebab-sebab yang sama, maka Jawatankuasa
    akan menimbang jumlah bantuan yang akan
    diberikan.
  3. Bagi kes anak ahli yang keguguran, tidak ada
    sebarang bantuan yang akan diberikan.

TAKRIFAN TANGGUNGAN:

  1. Suami atau isteri-isteri.
  2. Anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah
    termasuk anak angkat yang didaftarkan.
  3. Anak-anak termasuk anak angkat yang berumur
    lebih dari 18 tahun tetapi tidak lebih dari 24 tahun jika
    sekiranya masih belajar di IPT.
  4. Anak / anak angkat yang didaftarkan
    sebagai OKU tanpa sebarang had umur
  5. Ibu dan bapa yang didaftarkan.

Berminat Menjadi ahli Pilih salah satu cara: